SHOPPE

Akibat Jawab HP Di Stesen Minyak, Wanita Parah Melecur

Share:
Akibat Jawab HP Di Stesen Minyak, Wanita Parah Melecur



GARA-GARA mahu menjawab telefon bimbit yang berdering ketika sedang mengisi minyak, seorang gadis mengalami kecederaan 60 peratus melecur pada anggota badan.




Insiden yang berlaku di stesen minyak Shell Setapak Indah, Kuala Lumpur jam 1.25 tengah hari tadi dikatakan berpunca apabila kereta jenis Perodua Axia meletup sebaik sahaja mangsa membuka pintu kereta bahagian hadapan untuk menjawab panggilan dari telefon bimbitnya.


Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju R. Manogaran yang dihubungi Mynewshub mengesahkan kejadian itu.




“Ketika sedang mengisi minyak, telefon bimbit milik mangsa berdering. Letupan tercetus apabila mangsa membuka pintu kereta hadapan untuk menjawab panggilan dengan sebelah lagi tangannya masih mengepam minyak,” katanya.

Bagaimanapun menurut beliau, kenderaan terbabit tidak terbakar selepas berlaku letusan kecil yang mengakibatkan kecederaan kepada mangsa yang berusia 25 tahun.



Mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan menggunakan ambulans kira-kira jam 2.07 petang tadi.

Manogaran dalam pada itu menasihati orang ramai supaya tidak menjawab panggilan ketika mengisi minyak bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Khamis lalu, seorang kanak-kanak bernama Saifuddin Ismail Din, 7, melecur 15% di muka, badan dan kaki akibat disambar api di stesen minyak Guchil, Kuala Krai.

Ketika kejadian, mangsa dipercayai sedang bermain pemetik api dalam kereta ketika ibunya Zakiah Mohd Det, 31, sedang mengisi minyak.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah