Menerusi gambar itu Syarifah Ladyana atau lebih dikenali sebagai Lady dilihat diapit oleh dua perempuan Awie, Putri Leeya Antasha dan Putri Aleefa dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup.
Difahamkan, majlis pertunangan itu diadakan di Hotel Vistana Penang Bukit Jambul 3 Jun lalu.
Majlis hanya dihadiri beberapa ahli keluarga terdekat dari kedua-dua belah pihak serta anggota kumpulan Wings sahaja.
Awie dikatakan memilih wanita itu sebagai calon isterinya setelah beberapa tahun berkenalan kerana sikapnya yang penyayang pada anak-anaknya.
Muncul juga ura-ura, Awie dan wanita yang berkhidmat di sebuah syarikat penerbangan ini bakal melangsungkan perkahwinan hujung tahun ini.
Setakat ini Awie masih belum mengesahkan kebenaran status pertunangannya.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub








No comments
Thanks For Comment !!! :)