Sekumpulan aktivis merancang untuk mengadakan perhimpunan ‘kentut beramai-ramai yang paling besar di dunia’ semasa calon presiden AS, Hillary Clinton membuat ucapan pada konvensyen kebangsaan parti Demokrat.
Menurut laman berita tempatan RT, acara dianjurkan oleh Kempen Hak Ekonomi Orang-Orang Miskin dan calon naib presiden Parti Hijau, Cheri Honkala itu akan diadakan di Pusat Wells Fargo, Philadelphia pada 28 Julai.
Menurut Honkala, mereka yang turut serta dalam perhimpunan tersebut akan diberi makan kacang merah, sejenis bahan makanan lazim diambil penduduk AS untuk mudah mengeluarkan angin berlebihan dalam tubuh badan.
“Kami terlebih dahulu akan mengadakan sesi makan kacang merah bagi delegasi Bernie Sanders di American Street dalam kawasan kejiranan saya Kensington pada 28 Julai depan,” Honkala memberitahu portal berita Truthdig.
“Delegasi Sanders, sesudah memakan kacang merah, akan bergerak ke Pusat Wells Fargo dan menyambut ucapan Clinton yang dianggap hanya ‘banyak angin’ dengan pelepasan ‘angin kentut’ yang sebenarnya,” tambah beliau.
Calon lawan Clinton dalam Demokrat, Bernie Sanders turut dijemput hadir bagi sesi makan tersebut pada lewat malam itu, namun belum ada lagi khabar sama ada beliau akan turut serta, menurut laman media setempat.
HILLARY CLINTON
Menurut Honkala, terdapat beberapa sebab mengapa beliau menyifatkan Clinton dan suaminya mantan presiden AS, Bill Clinton sebagai manusia ‘busuk’ yang patut disambut dengan pelepasan bau gas kentut secara semula jadi.
“Mereka memusnahkan golongan pertengahan dengan pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara. Mereka menyebabkan penjara kita menjadi lebih sesak di bawah Rang Undang-Undang Jenayah Pelbagai 1994.
“Malah undang-undang dadah berbaur drakonian yang memberi mandat hukuman penjara seumur hidup. Mereka turut menghancurkan sistem kebajikan walhal di bawah sistem lama, 70 peratus penerimanya adalah kanak-kanak.
“Mereka juga bertanggungjawab dalam memansuhkan benteng pertahanan antara bank-bank komersial di seluruh AS dengan amalan pelaburan antarabangsa yang mempercepatkan lagi proses kejatuhan ekonomi global.
“Tidak ada peperangan yang tidak disokong oleh mereka dan paling diingati, rekod mereka berdua sendiri terhadap tahap hak kebebasan awam adalah sangat teruk dalam sejarah AS,” tegas Hongkala lagi kepada Truthdig.
Hongkala serta calon presiden dari Parti Hijau, Jill Stein pernah diberkas dan digari setelah mereka cuba untuk membahaskan kesahihan pelantikan Presiden Barack Obama pada 2012 lalu.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)