SHOPPE

Iklan Raya Mydin, ‘Selalu Di Hati’ Gamit Hati Penonton

Share:
Iklan Raya Mydin, ‘Selalu Di Hati’ Gamit Hati Penonton



SILIH berganti, Hari Raya Aidilftiri tidak akan menjadi lebih ceria tanpa ditemani komersial yang membawa seribu erti keinsafan dalam diri.




Tidak kurangnya tahun ini, kaca TV dan ruangan media sosial dipenuhi dengan babak-babak mencuit hati dan menyentuh jiwa yang ditayangkan melalui iklan hari raya.




Semestinya, jalan cerita tentang hubungan kekeluargaan menjadi subjek pilihan kerana ia sangat dekat dengan masyarakat kita.

Di sini, kami begitu tertarik dengan iklan raya terbaharu yang dibawakan oleh Mydin Malaysia.

Mengangkat kisah benar daripada sebuah keluarga, iklan raya yang diberik tajuk ‘Selalu Di Hati’ mendapat pujian netizen kerana dikatakan begitu ‘sampai’ kepada audien.

‘Selalu Di Hati’ menceritakan kisah seorang ibu yang begitu teruja untuk menyambut kedatangan Syawal bersama keluarga dengan segala persiapan telahpun disediakan sebaiknya oleh wanita itu.

Segala memori terindah bersama keluarga sudah mula terbayang di matanya, sehinggakan baju raya anak-anaknya telah dibelikan awal yang mana menurutnya anaknya tidak kisah dengan warna tema untuk hari raya tahun ini.

Sehinggalah anak sulungnya di pagi Syawal mula mengenangkan kisah yang menimpa terhadap keluarganya dalam sebuah tragedi kemalangan beberapa tahun lalu.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah