SHOPPE

Gara-Gara Kentut, Pemain Ini Dilayangkan Kad Merah

Share:
Gara-Gara Kentut, Pemain Ini Dilayangkan Kad Merah



STOCKHOLM – Pemain kelab divisyen tujuh Liga Sweden ini dilayangkan kad merah hanya gara-gara membuang angin dari badan atau kentut.




Pemain dari kelab Pershagen SK tersebut adalah Adam Lindin Ljungkvist, 25. Peristiwa itu berlaku ketika dia mempertahankan pasukannya itu semasa melawan Jarna SKB.

Lapor harian Aftonbladet, dia hairan bagaimana seorang pemain tiba-tiba boleh dibuang padang selepas pengadil mengetahui seorang pemain itu terkentut di atas padang yang cukup luas.

“Perut saya sakit, lalu saya kentut. Pengadil datang memberi saya kad kuning dan kemudiannya kad merah. Itu memang peringatan kedua buat saya,” kata Ljungkvist.

“Saya kentut dan dibuang padang kerana tindakan pengadil itu yang tidak sporting,” katanya.

Bagaimanapun, dia tidak mendapat penjelasan yang terperinci dengan alasan pengadil memberinya kad merah.

Namun Ljungkvist menduga seorang pengadil padang yang sengaja melayangkan kad kepadanya berfikir, kerana sengaja buang angin untuk provokasi lawan.

“Saya fikir itu bukan cara yang profesional untuk menumbangkan emosi lawan,” ujar Ljungkvist.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah