SHOPPE

Betul Ke ‘Cafe Jamban’ Terletak Di Tumpat Kelantan?

Share:
Betul Ke ‘Cafe Jamban’ Terletak Di Tumpat Kelantan?




BARU-BARU ini viral di media sosial menunjukkan gambar sebuah kedai makan yang dikatakan cuba membawa kelainan  dengan membawa tema menikmati hidangan di dalam mangkuk tandas cangkung.




Kedai tersebut didakwa merupakan sebuah kedai makan yang telah menjadi tarikan di Tumpat, Kelantan.


Gambar tersebut dikongsi di media sosial dan dikritik hebat oleh netizen yang berpendapat pemilik kedai tersebut seorang yang pengotor dan tidak menghormati makanan.




Menerusi penyebaran di media sosial, ramai yang membantah kewujudan restoran berkenaan apatah lagi apabila restoran itu dikatakan milik orang islam.

Gambar yang tersebar menunjukkan pengunjung yang menikmati hidangan di restoran itu memakai tudung yang labuh dan menutup aurat.



“Tak kisah jika menggunakan mangkuk tandas yang baru dan bersih pun, tetapi meletakkan makanan di dalamnya merupakan satu tindakan yang sangat kurang ajar dan biadap!” tulis seorang pengguna media sosial.

Walau bagaimanapun, setelah melihat kepada hampir kesemua komen yang ditinggalkan di gambar tersebut, kedai itu nyata bukan terletak di Kelantan seperti yang digembar-gemburkan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.



Sebenarnya, kedai  yang menggunakan mangkuk tandas untuk menggantikan pinggan itu merupakan sebuah kedai yang terletak di Indonesia dan dimiliki oleh Dr. Budi Laksoso (gambar bawah), Pengasas Yayasan Wahana Bakti Sejahtera di Indonesia.

Ia juga dikenali dengan nama Cafe Jamban.

DR. BUDI LAKSOSO



Ada pihak yang mendakwa bahawa pemilik restoran tersebut cuba membawa kelainan dalam dunia yang serba moden ini dan telah merancang untuk membuka cafe ini beberapa tahun yang lalu.

Ada juga yang mengatakan pengunjung yang datang ke cafe tersebut sepanjang bulan Ramadan berasa sangat puas hati dengan konsep dan hidangan yang disediakan.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah