BEIJING – Seorang pemuda China dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di sekitar kawasan semak di stesen kereta api daerah Hangzhou, baru-baru ini.
Menurut laporan portal Shanghaiist, lelaki berkenaan ditemui dengan kakinya yang seakan ‘mereput’ dan difahamkan telah kehabisan wang akibat bermain tanpa henti selama enam hari di sebuah kafe siber.
Pihak berkuasa telah menghubungi penjaga lelaki berumur 19 tahun itu dan pada mulanya bapanya memberitahu dia tidak mahu menerima anaknya kembali.
Ini kerana anaknya itu telah melarikan diri dari rumah dan tidak mahu melakukan perkara lain kecuali hanya bermain permainan secara online.
Setelah dipujuk, bapa itu bagaimanapun telah berlembut hati untuk menerima anak lelakinya kembali.
Pihak polis turut memberitahu sekiranya pemuda berkenaan tidak ditemui, dia mungkin akan mati kelaparan disebabkan hampir tiga hari pemuda tersebut tidak makan.
China sememangnya terkenal dengan kadar remaja fanatik terhadap permainan online sehinggakan dalam satu kes, seorang wanita sanggup menetap selama 10 tahun di kafe siber akibat begitu ketagih dengan permainan atas talian.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)