Kegilaan apakah ini? Seorang bapa yang meninggalkan bayi perempuannya yang berusia enam bulan di bahagian belakang van, di tengah panas selama empat jam telah memasukkan bayi berkenaan ke dalam peti sejuk bagi menyelamatkannya.
Malangnya, bayi berkenaan meninggal dunia. Ketika itu cuaca adalah 32C.
Kejadian berlaku selepas Michael Thedford, 33, yang juga bekas guru di sekolah menengah di Dallas, menghantar dua anaknya yang berusia tiga dan lima tahun ke pusat jagaan kanak-kanak.
Dia kemudiannya balik ke rumah dan tidur sebentar. Tidak lama kemudian Michael terjaga dan menyedari bahawa seorang lagi anaknya tertinggal di dalam van.
Selepas mendapati bayi itu tidak bertindak balas, dia meletakkan bayi malang itu di dalam peti sejuk untuk satu jangka masa.
Michael kemudiannya menghubungi isterinya dan 911 sambil cuba melakukan CPR bagi menyelamatkan bayi terbabit.
Polis yang tiba di tempat kejadian mendapati bayi berkenaan telah meninggal dunia. Susulan itu, Michael telah didakwa membunuh tanpa niat.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)