SHOPPE

Kanak-Kanak Mandi Kolam Terkena Renjatan Elektrik

Share:
Kanak-Kanak Mandi Kolam Terkena Renjatan Elektrik



SEBUAH video yang dikongsi oleh seorang pelayar web Stomp iaitu Richard menunjukkan seorang kanak-kanak ditarik keluar daripada sebuah kolam renang selepas didakwa terkena renjatan elektrik.




Menurut Richard, dia mendapat rakaman video itu dari seorang kenalan. Difahamkan kejadian tersebut berlaku pada 29 Jun di Hotel Equatorial Pulau Pinang.


Video pendek berdurasi 32 saat itu memaparkan seorang wanita berbaju biru dilihat menghampiri kolam tersebut sebelum menjerit.




Orang ramai dilihat berkerumun ke arahnya lalu menarik seorang lagi mangsa yang berada di dalam kolam tersebut. Mangsa diberikan bantuan pernafasan (CPR).


Malah, kelihatan beberapa orang kanak-kanak menangis dan menjerit sebelum wanita berbaju biru dilihat rebah di atas padang rumput berhampiran.


Richard memberitahu laman Stomp: “Seorang kanak-kanak terkena renjatan elektrik ketika berenang di kolam yang terdapat kabel elektrik bawah air dan lampu.

“Bagi mereka yang tinggal di kondominium dan pangsapuri dengan kemudahan kolam renang, sila berhati-hati,” nasihat Richard.

Walau bagaimanapun, maklumat terperinci kejadian tersebut masih tidak dapat dipastikan serta apakah nasib yang terjadi kepada kanak-kanak dan wanita itu.



-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah