SHOPPE

Nak Sado Dengan Cepat? Baju Ini Boleh Tolong Anda

Share:
Nak Sado Dengan Cepat? Baju Ini Boleh Tolong Anda




SEBELUM ini, jika kaum Adam mahu kelihatan sasa dan macho perlu berhempas pulas bersenam dan angkat besi. Tetapi kini, sudah ada jalan pintas untuk memiliki badan yang menjadi idaman.




Bagi mereka yang mungkin tidak larat atau tidak mempunyai masa untuk pergi ke gimnasium, mungkin baju-T atau baju dalam berspan sado ini boleh membantu anda.


Gambar yang menjadi viral di media sosial itu menunjukkan t-shirt dalam lelaki yang lengkap dengan span di bahagian lengan dan dada.




Namun begitu, ada pihak yang mendakwa baju ini merupakan cara malas bagi mereka yang ingin mempunyai badan yang cantik, iaitu tanpa bersenam.




Sejak tercetusnya fenomena ‘abang sado’, pereka fesyen nampak berlumba-lumba menghasilkan pakaian yang boleh menunjukkan badan lelaki.

Sebelum ini, kecoh di media sosial dengan pelbagai jenis baju sado yang menonjolkan badan kekar golongan lelaki.

Sebuah syarikat juga telah menghasilkan jubah ketat yang dipanggil Jubah Pahlawan menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

ANTARA KOLEKSI JUBAH PAHLAWAN

Ada pihak yang mengecam jubah tersebut fesyen liar dan bertindak menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap syarikat tersebut.

Nampaknya pelbagai fesyen dan kini terdapat pula jalan pintas disediakan bagi mereka yang ingin kelihatan sado dengan segera.

Mungkin baju berspan ini boleh digunakan semasa musim perayaan yang bakal menjelang tidak lama lagi?




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah