SEJAK beberapa tahun lalu, iklan hari raya daripada Petronas antara yang paling ditunggu-tunggu penonton.
Ini kerana setiap iklan yang dipertontonkan menonjolkan mesejnya yang tersendiri untuk dinikmati bersama.
Dan tahun ini, mengambil tema ‘Kebaikan ikhlas diberi, kebahagiaan sama dirasai’, ia mengisahkan kehidupan dua beranak, Azlan dan bapanya yang diusir keluar dari rumah mereka 29 tahun lalu.
Demi memujuk hati anaknya, bapa Azlan menggunakan troli untuk menghiburkan hati Azlan yang rindukan ibunya.
Selepas 29 tahun kemudian, Azlan pula menjaga bapanya yang tidak mampu berjalan dan mereka mencipta semula momen-momen indah yang pernah dilalui dua beranak itu sejak hampir tiga dekad lalu.
Iklan bertajuk Vroom Vroom yang diarahkan oleh Maurice Noone itu dibintangi pelakon iklan, adik Mohamed Harris Mohd Heikal (Azlan kecil) dan Muhammad Zaki Yamani Mohd. Zahari (Azlan dewasa).
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)