SHOPPE

Nombor Plat 88888 Bawa Sial Kepada Pemandu Ini

Share:
Nombor Plat 88888 Bawa Sial Kepada Pemandu Ini



MENGIKUT kepercayaan masyarakat Cina, nombor lapan bermaksud membawa tuah atau ong kepada mereka.




Disebabkan itu, kebanyakan daripada mereka tidak kisah untuk berbelanja besar demi mendapatkan nombor cantik berkenaan untuk diabadikan di badan kenderaan masing-masing.




Namun, yang pasti nombor plat 88888 dibeli seorang lelaki dari Shanghai, China ini tidak membawa tuah buat dirinya apabila tidak sampai sehari dia menggunakan nombor plat itu, dia ditahan sebanyak lapan kali oleh pihak polis.

Lelaki yang dikenali sebagai Liu itu ditahan polis selepas pihak berkuasa mengesyaki nombor plat yang digunakannya itu adalah palsu.


Namun, selepas membuat siasatan, pihak polis terpaksa melepaskannya kerana nombor plat yang digunakan Liu adalah asli dan didaftarkan dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan di sana.

Di China, bukan hanya Liu sahaja menggunakan plat bernombor 88888 sebaliknya terdapat beberapa individu dari wilayah lain turut menggunakan angka sama bagi nombor pendaftaran kenderaan masing-masing.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah