Sebelum ini, terdapat dakwaan yang mengatakan ia konon terletak di Tumpat, Kelantan dan perkara itu juga telah menyebabkan kemarahan netizen, terutamanya dalam kalangan penduduk di negeri Pantai Timur tersebut.
Tetapi, kafe tersebut sebenarnya merupakan sebuah kedai makan yang terletak di salah satu tempat di Indonesia, bukannya di di Kelantan.
Mana tidaknya, dalam usaha untuk menjadi ‘rare’, ada segelintir pihak yang bertindak seolah-oleh telah hilang kewarasan untuk berfikir dengan rasional.
Mungkin sudah menjadi kebiasaan, benda bod*h selalu dapat perhatian. Sebab tu ramai berlumba-lumba hendak jadi bod*h kot?
Bila sudah viral, mestilah ada sambungan yang mencuit hati sekali gus mempunyai peratus untuk meredakan kemarahan ramai.
Melalui satu kicauan yang dikirim oleh @Shasha_zul, dia telah mengongsikan sekeping gambar troll yang membahan kekecohan yang berlaku tentang kafe jamban itu.
Dalam gambar tersebut, mimik muka yang ditunjukkan oleh @Shasha_zul jelas menunjukkan ‘keseksaan’ yang dialaminya apabila melihat pihak yang menikmati hidangan di dalam mangkuk tandas.
Bukan sahaja @Shasha_zul, tetapi pengguna laman sosial lain juga tidak ketinggalan berkongsi pendapat mereka tentang kafe itu. Yang pasti, @Shasha_zul lah yang paling win! sekali.
Antara luahan jijik mereka apabila mengetahui tentang kafe jamban tersebut:
Sebenarnya, dalam era semakin maju dan pesat membangun ni, tak salah kalau nak buat perkara yang unik tetapi biarlah boleh diterima dek akal fikiran manusia.
Kalau dah pinggan mangkuk yang digunakan untuk makan pun nak tukar guna mangkuk tandas, bukankah ia meletakkan martabat manusia yang dikurniakan akal lebih rendah dari mahluk yang tidak mempunyai akal?
Siapa yang berjiwa kental, boleh tengok video kat bawah ni. Selamat menonton!
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)