Seorang pengguna media sosial yang berada di tempat kejadian merakam foto-foto wanita berpakaian saksi dengan kondom dilekatkan pada dahi, lengan dan dada mereka.
Menurut portal Mashable, aksi tersebut merupakan salah satu daripada strategi pemasaran sebuah syarikat pengeluar kondom iaitu Da Xiang dalam mempromosikan kondom terbaru keluaran sayrikat berkenaan.
Difahamkan, foto-foto beberapa orang wanita sedang membuka bungkusan kondom turut dimuat naik oleh syarikat itu pada 6 Jun lalu.
Da Xiang mendakwa bahawa minyak pelincir yang terdapat pada kondom baik untuk kulit lapor portal berkenaan.
Walau bagaimanapun, kaedah publisiti yang dilakukan itu mendapat kritikan daripada netizen negara itu. Seorang pengguna Weibo berkata,”Dah hilang akal.”
Manakala seorang netizen lagi berkata,” Ini benar-benar satu strategi pemasaran yang teruk.”
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)