SHOPPE

Perompak Berputih Mata, Wang RM2 Juta Tak Sempat Dijoli

Share:
Perompak Berputih Mata, Wang RM2 Juta Tak Sempat Dijoli




SEORANG perompak dan rakannya berputih mata apabila wang rompakan bernilai RM2,025,475 tidak sempat dijolikan kerana terpaksa meringkuk dalam penjara.




Menurut pegawai polis dari Pinecrest, Florida, Raderius Glenn Collins, 18 tahun bersama seorang rakan subahatnya berjaya diberkas gara-gara memuat naik video di Facebook bersama wang rompakan. Manakala suspek ketiga masih dalam buruan pihak polis.


Jelas kelihatan wajah Collin dan rakan-rakannya bermegah-megah dengan wang rompakan itu menerusi sebuah video pendek yang dimuat naik pada 27 Mei lalu.




Difahamkan, Collins dan konco-konconya telah merompak sebuah peti besi yang berisi barang kemas bernilai RM2,025,475 dari sebuah rumah di kawasan berkenaan.


Tambahnya, mereka juga telah merompak sebuah lagi rumah pada 9 Jun dan mencuri barang kemas bernilai RM40,509.50 dengan hanya bersenjatakan pemutar skru.

Pengarah Komunikasi Pinecrest, Michelle Hammontree memberitahu sebuah portal bahawa video Facebook itu sekaligus membantu pihak polis mengaitkan rompakan itu dengan sebuah kedai pajak gadai, tempat di mana suspek menjual sebahagian hasil rompakan mereka berdasarkan beg plastik yang terdapat di dalam video berkenaan.

“Ia adalah keputusan bodoh yang dibuat secara berturut-turut,” kata Hammontree.

Walau bagaimanapun pihak polis masih mencari suspek ketiga dan siasatan masih dijalankan sama ada suspek itu turut terlibat atau tidak dalam rompakan bertarikh 9 Jun tersebut.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah