SHOPPE

Presiden Filipina Ugut Kasi Zakar Suami Lebih 3 Anak

Share:
Presiden Filipina Ugut Kasi Zakar Suami Lebih 3 Anak



MANILA –Kebanyakan tokoh politik terkenal Filipina sejak sekian lama berusaha menghindarkan diri daripada bertentangan pendapat dengan pihak biskop Kristian Katolik yang cukup berpengaruh di negara itu.




Mereka mengambil sikap yang kurang jelas atau tidak agresif untuk mendorong masyarakat khasnya golongan remaja berhubung kesedaran penggunaan alat pencegah kehamilan seperti kondom bagi merancang keluarga.




Namn, sikap itu berbeza dengan Presiden Filipina yang baharu dipilih, Rodrigo Duterte apabila secara terbuka mengatakan beliau akan aktif mempromosikan usaha kempen pencegah kehamilan di negara majoriti Kristian itu.

Walaupun menyedari langkah itu berisiko mencetuskan perbalahan dengan pihak gereja Katolik yang dominan dan diketahui memang menentang dengan kuat sebarang penggunaan alat pencegah kehamilan termasuk kondom.

Duterte pada 27 Jun menyatakan, bahawa mempunyai banyak anak boleh mendorong keluarga di Filipina lebih jauh terjerumus ke dalam masalah kemiskinan tegar serta menggalakkan perancangan famili untuk mengawal kelahiran.



Mantan datuk bandar Davao itu bahkan menegaskan lagi saranannya untuk semua warga Filipina agar hanya mempunyai paling banyak pun cukup sekadar tiga orang anak sebagai cara menangani isu kemiskinan keluarga.

Duterte dengan nada berjenaka mengancam akan memotong alat kelamin lelaki yang membangkang kempen beliau itu kerana enggan menggunakan kondom tetapi pada masa sama tidak mampu menanggung hidup ramai anak.

Beliau juga mengemukakan tentang contoh kejayaan program perancangan keluarga ketika pernah berkhidmat sebagai datuk bandar yang paling lama memegang jawatan eksekutif tersebut di kawasan Davao, selatan Filipina.

Di sana Duterte menawarkan hadiah wang tunai kepada penduduk desa yang dengan sukarela menjalani proses vasektomi atau alat peranakan dengan kos ditanggung pihak berkuasa tempatan.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah