SHOPPE

Perempuan Simpanan Dibelasah Isteri Kekasih

Share:
Perempuan Simpanan Dibelasah Isteri Kekasih


LAGI tersebar video seorang perempuan simpanan dipukul dan dimalukan di khalayak ramai oleh isteri kekasihnya setelah hubungan sulit mereka terbongkar.




Portal Shanghaiist melaporkan mangsa diheret keluar dari kereta oleh isteri kekasihnya sambil menjerit, semalam.




Berdasarkan foto-foto yang tersebar, rambut mangsa ditarik sebelum dia ditampar sehingga jatuh tersungkur. Bukan itu sahaja, si isteri yang berang turut bertindak mengeluarkan gunting lalu memotong rambut mangsa.


Tambah malang bagi wanita simpanan itu, ibu kepada isteri kekasihnya turut memainkan peranan dengan bertindak membogelkan mangsa.

Video pergaduhan antara dua beranak dengan perempuan simpanan itu dikutuk netizen negara berkenaan yang berpendapat, kedua-dua individu dalam video berkenaan bersalah di atas perlakuan masing-masing.





“Isteri tidak boleh hanya salahkan perempuan simpanan, bagaimana pula dengan suami yang curang?” kata kebanyakan komen.

Ramai yang berpendapat, tindakan perempuan simpanan itu sememangnya salah tetapi pada masa sama tindakan memukul mangsa di khalayak ramai adalah sikap ‘tidak bertamadun’.

“Memang perempuan itu bersalah tetapi wajarkah mereka memalukan dia di tempat awam? Apa yang mereka lakukan itu perbuatan yang tidak bertamadun,” selar mereka.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah